HOME | PRODUK ERAEDAR UNA KOSMETIK | PENDAFTARAN KEAHLIAN | PESANAN PRODUK | EMAIL
 
 
  SILA PILIH  UNTUK MENGETAHUI  PRODUK
FORMULA PROF. DR. AZIZAN ISMAIL
----------------------------------
--------------------------------------------------------------------------

Syarikat Era Edar Sdn Bhd atau EEM diperbadankan pada 18 Julai 1991. Ia adalah sistem jualan langsung berbilang aras. Pemegang saham syarikat ini ialah Pro. Dr. Azizan bin Haji Ismail (60%) dan Hamsiah bt Haji Ismail (40%). Pada awal penubuhan Sistem Era Edar, syarikat ini hanya memasarkan empat jenis produk yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd. Produk-produk tersebut dikeluarkan menurut formula istimewa Dr Azizan bin Haji Ismail yang berasaskan kepada tiga jenis perubatan alternatif iaitu Homeopati, Biokimia dan Herbalisme.

Ketiga-tiga sistem perubatan alternatif ini semakin popular di kalangan masyarakat di negara ini. Antara faktor utama masyarakat mula menerima sistem perubatan ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran dan hasrat mahu menjauhi ketidaktentuan perubatan konvensional yang mendatangkan kesan keracunan dan kesan sampingan serta pelbagai masalah kesihatan lain kepada pengguna,

Kini, syarikat ini telah mempunyai 70 jenis produk yang boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu perubatan alternatif (Homeopati, Biokimia dan Herbalisme), UNA kosmetik(new), makanan dan minuman.

Melalui usahasama dengan Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd., syarikat ini juga telah berjaya membina sebuah kilang farmaseutikal, Homeofarma Sdn Bhd. yang bernilai melebihi RM 17 juta di Jitra, Kedah. Kilang ini merupakan kilang pertama di Asia Tenggara yang akan memproses ubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang memenuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) antarabangsa.

Sistem Perubatan Homeopati telah diperkenalkan dan dimajukan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 - 1843), seorang doktor dari Jerman, dalam tahun 1810. Sistem Perubatan Homeopati lahir hasil ujikaji yang meluas dan pemerhatian yang sungguh teliti.

Keistimewaan Homeopati ialah ia tidak bertentangan dengan fitrah tubuh. Hahnemann mendapati bahawa setiap benda yang boleh mendatangkan keracunan pada tubuh yang sihat boleh diolah menjadi ubat atau penawar pada diri pesakit. Oleh itu semua ujikaji yang dijalankan dalam Homeopati adalah ke atas diri manusia yang sihat, bukan ke atas haiwan atau orang sakit. Hasil usaha yang dijalankan dengan begitu bersungguh-sungguh dan teliti telah melahirkan banyak ubat. Ubat Homeopati digelar penawar atau remedi. Hingga kini sudah terdapat lebih daripada 2000 jenis remedi Homeopati. Remedi Homeopati disediakan mengikut kaedah istimewa yang diamalkan dalam Homeopati, iaitu "Potentitasi". Penyediaan remedi menurut kaedah ini menghapuskan langsung keracunan yang terdapat dalam bahan asalnya dan dengan itu menjadikannya sangat selamat digunakan. Justeru itu terelaklah pengguna daripada segala kesan sampingan atau kesan keracunan seperti lazim terdapat dalam perubatan biasa sekarang ini. Kelahiran Homeopati telah dirasakan sebagai satu cabaran dan saingan kepada perubatan konvensional. Maka timbullah berbagai-bagai tentangan dan rintangan terhadap perkembangan sistem perubatan baru ini. Walaupun Dr. Hahnemann terpaksa berdepan dengan banyak musuh, ramai pula doktor yang ingin mencuba kaedah ini. Maka ramailah di kalangan mereka yang telah tertarik dan terpengaruh dengan kebaikkan dan terus mengamalkannya. Sejak itu Homeopati telah berkembang maju dan mendapat sanjungan semua lapisan masyarakat. 
More....

 
PENYAKIT
  • Autisme
  • Diabetes
  • Gout
  • Kemandulan
  • Menopaus
  • Nyanyuk
  • Osteoporosis
  • cth  soalan yg pernah ditanya oleh kepada kami

    Persediaan bersalin anak sulung (15/07/2002)new

    DIANTARA  PRODUK KAMI

    Rencana Pemakan Set Lengkap Minda

  • EXAMO CKM 500
  • EXAMO CKM500 PLUS
  • MATSA
  • Testimoni Minda
  • Rencana Pemakan Set Lengkap salindah(Bukan sekadar bersalin Mudah)
  • SET LENGKAP SALINDAH 
  • Testimoni mudah bersalin
  • Jika anda mendaftar, Anda akan diberi satu laman web atas nama anda.
    cth
    https://eraedar.tripod.com/suhaimi.html untuk memperkenalkan kepada kawan downline anda, Juga akan dimasukkan alamat dimana anda berada.
     
     
     
         
     
    HOME | PRODUK ERAEDAR | PRODUK UNA | PENDAFTARAN | PESANAN PRODUK | MAIL