HOME | PRODUK ERAEDAR UNA KOSMETIK | PENDAFTARAN KEAHLIAN | PESANAN PRODUK | EMAIL
 
 
  SILA PILIH  UNTUK MENGETAHUI  PRODUK
FORMULA PROF. DR. AZIZAN ISMAIL
----------------------------------
Persedia Pemakan untuk ibu bersalin dari 3 bulan sehingga habis pantang
--------------------------------------------------------------------------
Petikan dari utusan(15/07/2002)
Anda Tanya Doktor Jawab
Persediaan bersalin anak sulung
 

SOALAN:
SAYA seorang ibu muda yang sedang hamil buat kali pertama. Oleh sebab kami tiada pengalaman menghadapi kelahiran bayi ini, saya rasa amat risau.

Bolehkah puan doktor menerangkan tanda-tanda kelahiran supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dan bila sepatutnya kami ke hospital untuk melahirkan bayi kami ini?

Ibu Musykil
Pahang

JAWAPAN:
Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa ‘panik‘.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

1. Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

2. Pecah air ketuban - Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

3. Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).
 
 
                           . 
 

PENYAKIT
  • Autisme
  • Diabetes
  • Gout
  • Kemandulan
  • Menopaus
  • Nyanyuk
  • Osteoporosis
  • Soalan Bimbingan Ketika Hamil
    cth  soalan yg pernah ditanya oleh kepada kami
    DIANTARA  PRODUK KAMI

    Rencana Pemakan Set Lengkap Minda

  • EXAMO CKM 500
  • EXAMO CKM500 PLUS
  • MATSA
  • Testimoni Minda
  • Rencana Pemakan Set Lengkap salindah (Bukan sekadar bersalin Mudah)
  • SET LENGKAP SALINDAH 
  • Aturan Pemakan Set salindah
  • Testimoni mudah bersalin
  • Jika anda mendaftar, Anda akan diberi satu laman web atas nama anda.
    cth
    http://eraedar.tripod.com/suhaimi untuk memperkenalkan kepada kawan downline anda, Juga akan dimasukkan alamat dimana anda berada.
     
     
     
         
     
    HOME | PRODUK ERAEDAR | PRODUK UNA | PENDAFTARAN | PESANAN PRODUK | MAIL
     
    Make your own free website on Tripod.com