Pendaftaran ahli seumur hidup
Cara Mendapatkan harga paling murah
ahli terdekat dikawasan anda
Strategi membaca untuk anak anda
pengalaman mereka yg telah menggunakan produk tersebut
Pesanan produk melalui internet
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Soalan Bimbingan
selesaikan masalah anda
Produk terbaru yang
berada dalam pasaran
sekarang ialah:-
ALPAN
ubat sakit kepala dan deman-mudah dibawa
BIO - LAC
ASMAKUR TABS
ubat batuk tablets-mudah dibawa kemana sahaja
MAILA
perangsang mendatangkan haid
DIAFOOD TABS
Jika anda mendaftar, Anda akan diberi satu laman web atas nama anda.
cth
http://eraedar.cjb.net/suhaimi
untuk memperkenalkan kepada kawan downline anda, Juga akan dimasukkan alamat dimana anda berada.
LINK
Minyak Pelincir
untuk pelbagai kenderaan 
BelinaShopcare
 

KEMANDULAN/TIDAK SUBUR

Apakah kemandulan? 
Kemandulan ialah keadaan tidak dapat mengandung selepas sekurang-kurangnya setahun melakukan aktiviti seks yang normal dan tetap serta tidak mengamalkan perancang keluarga. Dianggarkan 10% daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah ketidaksuburan atau mandul. Peratus pecahan ini boleh dibahagi kepada tiga iaitu 55% pada wanita, 40% lelaki, manakala kurang daripada empat peratus disebabkan oleh masalah dalam hubungan kelamin. 

Mengapakah ketidaksuburan berlaku? 
Punca-punca ketidaksuburan.
Wanita:
1. Tidak menghasilkan telur (ovum). Dianggarkan 23-30% punca ketidaksuburan wanita. Berlaku disebabkan oleh pelbagai ketidak seimbangan-hormon akibat kurang rangsangan hormon dari otak yang berpunca daripada: 
a. Tekanan perasaan atau dipresi yang keterlaluan. 
b. Ketidak-seimbangan hormon. 
c. Sindrom Ovari Polisistik (PCO). Berlaku akibat ketidak-seimbangan hormon di pituitari, terutamanya wanita yang bertubuh gemuk. Sekiranya serius mereka akan mempunyai misai dan janggut, pusingan haid yang tidak tetap atau tiada langsung. 
d. Konginetal. 
e. Masalah kalenjar tiroid. 
f. Aneroxia nervosa. 
g. Mereka yang berjoging jarak jauh. 
h. Masalah pengeluaran hormon prolaktin. 
i. Senggugut. 

2. Tiub fallopian tersumbat (15-30% kes yang dilaporkan). 

3. Jangkitan kuman seperti gonorea. Akibat mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti bertukar-tukar pasangan seksual. Berlaku jangkitan di bahagian pelvis. 

4. Penyakit-penyakit puan seperti endometriosis iaitu adanya lekatan pada lain-lain struktur sistem reproduktif (15-30 % kes yang dilaporkan). 

5. Antibodi air mani di pangkal rahim. Penghasilan cairan antibodi pada pangkal rahim boleh menyerang sperma yang memasuki ke dalamnya dan mengakibatkan sperma tersebut mati. 

6. Pembedahan pelvik. 

Lelaki: 
1. Jumlah sperma yang kurang atau tiada langsung.
2. Sperma yang tidak boleh bergerak. 
3. Salah bentuk sperma atau berlaku kelainan pada sperma-sperma seperti tiada ekor, terlalu besar, mempunyai dua ekor atau ekor berpintal yang boleh mengganggu pergerakan sperma. 
4. Bahagian otak yang tidak mengeluarkan hormon yang sepatutnya. 
5. Hormon yang dihasilkan tidak sensitif pada rangsangan kilang telur lelaki. 
6. Masalah testis akibat pembentukan tidak sempurna atau berlaku jangkitan kuman yang menyebabkan saluran sperma tersumbat.
7. Penyakit-penyakit tertentu seperti diabetes yang menyebabkan kegagalan ereksi atau mati pucuk. 
8. Jangkitan kuman, termasuklah lelaki yang mempunyai ramai pasangan seksual boleh menjangkiti isterinya dan mengakibatkan ketidaksuburan kepada isteri pula. 
9. Tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan. 
10. Memakai seluar yang ketat. 

Siapakah yang berisiko mengalami kemandulan? 
95 peratus dari pasangan yang berkahwin akan mendapat cahaya mata selepas dua tahun mereka hidup bersama. Bergantung pada faktor umur, pasangan yang berkahwin tetapi masih belum memperoleh anak dalam jangka masa tersebut, di nasihatkan menjalani pemeriksaan dengan doktor. Bagi pasangan yang berumur 35 tahun pula, dinasihatkan berjumpa dengan doktor lebih awal. Mereka dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesuburan dalam jangka masa 6 bulan sehingga satu tahun selepas berkahwin jika masih tidak memperolehi anak. 

Rawatan:
1. Kaum wanita digalakkan mengamalkan GRIPTITE dan JITRA TEABLETS untuk merawat masalah keputihan, mencairkan lemak,membuang toksin melalui peluh, melancarkan aliran darah serta mengenakkan hidup perkelaminan. Douche Femina digunakan sebagai cucian bahagian sulit untuk merawat masalah jangkitan fungus serta masalah keputihan.

2. Kaum lelaki disyorkan mengguna PHOS-X untuk menguatkan tenaga batin, menambah air mani, menguatkan pinggang, menghilangkan sengal dan bisa urat serta melancarkan darah. Gunakan bersama X-Pen dan X-Ten sebagai lumuran kelelakian


Keterangan lanjut sila hubungi 
melalui
mail - roslimn@hotmail.com atau Phone-013-3443667

~~"Kita Bina Masa Depan Bersama"~~