Syarikat Era Edar Sdn Bhd atau EEM
diperbadankan pada 18 Julai 1991. Ia adalah sistem jualan langsung berbilang
aras. Pemegang saham syarikat ini ialah Pro. Dr. Azizan bin Haji Ismail
(60%) dan Hamsiah bt Haji Ismail (40%). Pada awal penubuhan Sistem Era
Edar, syarikat ini hanya memasarkan empat jenis produk yang dikeluarkan
oleh Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd. Produk-produk
tersebut dikeluarkan menurut formula istimewa Dr Azizan bin Haji Ismail
yang berasaskan kepada tiga jenis perubatan alternatif iaitu Homeopati,
Biokimia dan Herbalisme.
Ketiga-tiga sistem perubatan alternatif
ini semakin popular di kalangan masyarakat di negara ini. Antara faktor
utama masyarakat mula menerima sistem perubatan ini adalah bertitik tolak
daripada kesedaran dan hasrat mahu menjauhi ketidaktentuan perubatan konvensional
yang mendatangkan kesan keracunan dan kesan sampingan serta pelbagai masalah
kesihatan lain kepada pengguna,
Kini, syarikat ini telah mempunyai
70 jenis produk yang boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu perubatan
alternatif (Homeopati, Biokimia dan Herbalisme), UNA
kosmetik(),
makanan dan minuman.
Melalui usahasama dengan Perkhidmatan
Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd., syarikat ini juga telah berjaya
membina sebuah kilang farmaseutikal, Homeofarma Sdn Bhd. yang bernilai
melebihi RM 17 juta di Jitra, Kedah. Kilang ini merupakan kilang pertama
di Asia Tenggara yang akan memproses ubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme
yang memenuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) antarabangsa.
Sistem Perubatan Homeopati telah
diperkenalkan dan dimajukan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 - 1843), seorang
doktor dari Jerman, dalam tahun 1810. Sistem Perubatan Homeopati lahir
hasil ujikaji yang meluas dan pemerhatian yang sungguh teliti.
Keistimewaan Homeopati ialah
ia tidak bertentangan dengan fitrah tubuh. Hahnemann mendapati bahawa setiap
benda yang boleh mendatangkan keracunan pada tubuh yang sihat boleh diolah
menjadi ubat atau penawar pada diri pesakit. Oleh itu semua ujikaji yang
dijalankan dalam Homeopati adalah ke atas diri manusia yang sihat, bukan
ke atas haiwan atau orang sakit. Hasil usaha yang dijalankan dengan begitu
bersungguh-sungguh dan teliti telah melahirkan banyak ubat. Ubat Homeopati
digelar penawar atau remedi. Hingga kini sudah terdapat lebih daripada
2000 jenis remedi Homeopati. Remedi Homeopati disediakan mengikut kaedah
istimewa yang diamalkan dalam Homeopati, iaitu "Potentitasi". Penyediaan
remedi menurut kaedah ini menghapuskan langsung keracunan yang terdapat
dalam bahan asalnya dan dengan itu menjadikannya sangat selamat digunakan.
Justeru itu terelaklah pengguna daripada segala kesan sampingan atau kesan
keracunan seperti lazim terdapat dalam perubatan biasa sekarang ini. Kelahiran
Homeopati telah dirasakan sebagai satu cabaran dan saingan kepada perubatan
konvensional. Maka timbullah berbagai-bagai tentangan dan rintangan terhadap
perkembangan sistem perubatan baru ini. Walaupun Dr. Hahnemann terpaksa
berdepan dengan banyak musuh, ramai pula doktor yang ingin mencuba kaedah
ini. Maka ramailah di kalangan mereka yang telah tertarik dan terpengaruh
dengan kebaikkan dan terus mengamalkannya. Sejak itu Homeopati telah berkembang
maju dan mendapat sanjungan semua lapisan masyarakat.
More.... |