HOME | PRODUK ERAEDAR UNA KOSMETIK | PENDAFTARAN KEAHLIAN | PESANAN PRODUK | EMAIL
 
SILA PILIH  UNTUK MENGETAHUI  PRODUK
Profile
Visi/Misi
Produk Eraedar
Produk UNA
Kosmetika
Pesanan Produk
Bonus
Testimoni
Pengedar Terdekat
Program
Plan Pemasaran
Kemuskilan
Keratan Akhbar
Pendaftaran Ahli
Email
Magic Kira
Jika anda mendaftar,Anda akan diberi satu laman web atas nama anda  cth:.
https://eraedar.tripod.com/suhaimi utk memperkenalkan kepada kawan downline anda , Juga akan dimasukkan ke alamat  dimana anda berada .
PENYAKIT
  • Autisme
  • Diabetes
  • Gout
  • Kemandulan
  • Menopaus
  • Nyanyuk
  • Osteoporosis
  • Soalan Bimbingan Ketika Hamil
    cth  soalan yg pernah ditanya 
    oleh kepada kami
    DIANTARA  PRODUK KAMI

    Rencana Pemakan Set Lengkap Minda

  • EXAMO CKM 500
  • EXAMO CKM500 PLUS
  • MATSA
  • Testimoni Minda
  • Rencana Pemakan Set Lengkap salindah (Bukan sekadar bersalin Mudah)
  • SET LENGKAP SALINDAH 
  • Aturan Pemakan Set salindah
  • Testimoni mudah bersalin
  • ASMAKUR TABLETS
    ubat batuk tablets-mudah dibawa kemana sahaja
    ALPAN
    ubat sakit kepala dan deman-mudah dibawa
    DIAFOOD TABS
    UNA KOSMETIKA
    Mengekalkan keremajaan tisu kulit dengan membekalkan zat untuk kulit.
    MAILA
    FORMULA PROF. DR. AZIZAN ISMAIL
    BAOKIMIA

    Harga:

    Sem. Malaysia: RM 56.00
    Sabah & S'wak: RM 61.00
    Brunei DS : BND 39.00

    Nama Produk: Examo CKM 500
    Isi: 450 Biji
    Tempoh Guna: 3 - 12 Bulan
    Kesesuaian: Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan
    Cara Makan:
    Dikemam dalam mulut 
    Bayi(kurang 1 tahun)--1 biji
    kanak-kanak(1-7 tahun)-- 2 biji
    kanak-kanak(7-14 tahun)-- 3 biji
    Dewasa(14 tahun keatas)-- 4 biji 
    EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
     
  • Lesu
  • Lemah
  • Mengantuk
  • Sengal otot dan sendi 
  • Lapar dan Dahaga
  • Marah - Marah 
  • Tidak dapat meneruskan kerja

  •  
    TAMBAHAN  BAHAN BACAAN

    Bagi menguatkan EXAMO CKM 500, ia perlu dibantu oleh EXAMO CKM 500 PLUS dan merupakan pelengkap untk pemikiran .
    Dalam proses pembelajaran anak - anak Matamatik dan Sains adalah penting , oleh itu sila gunakan MatSa, bagi memudahkan ingatan pengiraan dan kajian sains.

    Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.

    BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA? 
    Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu: 
    1. Memberi semangat dan perangsang
    2. Beristirahat
    3. Makan dan minum
     

    Memberi semangat dan perangsang
    Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya. 

    Beristirahat
    Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirahat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirahat bolehlah ia meneruskan kerja. 

    Makan dan minum
    Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur gandum, teh dan sebagainya. 

    DEMIKIAN PULALAH HALNYA DENGAN OTAK
    Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan. Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
    -Perasaan gementar, cemas dan bimbang
    - Bersifat pesimis dan bersikap negatif 
    - Kurang keyakinan terhadap diri sendiri 
    - Selalu letih dan tidak bertenaga 
    - Sering diganggu kesedihan tidak menentu
    - Serabut fikiran dan kelesuan otak 
    - Lemah daya berfikir dan rasa malas 
    - Mudah lupa dan rasa jemu 
    - Kurang daya tumpuan 

    Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan. 

    BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK? 
    Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu: 
    1. Memberikan semangat dan perangsang 
    2. Beristirahat 
    3. Makan dan minum 

    Memberi semangat dan perangsang 
    Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya denga kata-kata perangsang, seperti, “Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya”. Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham matapelajaran ini susah sedikit, tetapi setiap yang susah itu, sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri sendiri.

    Beristirahat
    Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, di dapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu otak sebenarnya kurang dapat berehat walaupun tubuh berehat. 

    Makanan
    Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak pun boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf. Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti. Pendapat orang Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah orang (tinggi I.Q) orang itu. Dan kalau sedikit neuron,maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu. Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.

    KECERDASAN AKAL
    Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
    Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang. 
    Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akan seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. 

    Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas. Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak? 
    Jawabnya: BOLEH 
    Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itupun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

    Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. 
    Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500. 
    EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya. 

    AKTIVITI OTAK 
    Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia. Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. 
    Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu. Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum. EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England). EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengadungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini. Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeophatic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna. Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983 EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

    Kesan Kegunaan
    A. Meningkatkan kecerdasan akal Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, kecerdasan bergantung pada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
    B. Memulihkan tenaga mental Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl, dll. C. Membasmi masalah lupa Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak. Perlu ada laluan maklumat baru dan banyak…perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit. 

    Lain-lain kegunaan
    Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:-
    1. Payah tidur 
    2. Migrain 
    3. Lelah
    4. Kanak-kanak degil 
    5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
    6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
    7. Pesakit jiwa atau mental

    Kemungkinan kesan mudarat ringan (Minor adverse reaction)
    1. Rasa mengantuk Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan. 
    2. Pening kepala; tekanan darah rendah. 

    HOME | PRODUK ERAEDAR | PRODUK UNA | PENDAFTARAN | PESANAN PRODUK | MAIL

    Sila hubungi  : ROSLI | Mail : roslimn@hotmail.com | No . Telefon : 013-3443667 | No ahli : 055102