Make your own free website on Tripod.com

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?
 
 
BAHAYA MEROKOK

Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.

Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.

Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!

Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
 
 
 
TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...

 

...kepada kanak-kanak

...kepada bayi yang belum lahir ...kepada perokok ...kepada orang yang berdekatan ...kepada persekitaran ...kepada kewangan
KETAGIHAN MEROKOK

Ketagihan

Nikotin Kesan-kesan Lebih ketagihan
MAHU BERHENTI MEROKOK?
Mengapa anda rasa mahu 
menghisap rokok?
Mengapa tidak anda...
Gementar Bersantai
Susah menumpukan perhatian Bertukar-tukar aktiviti
Sembelit Makan buah-buahan
Merungut Tarik nafas panjang
Letih Dapatkan tidur yang cukup
Mulut kering Minum air berais
Batuk Mandi air pancuran hangat
Pening Dapatkan udara segar
Susah tidur Berendam di dalam air yang hangat
Tegang Bersenam
Sedang menelefon Menconteng-conteng atas sehelai kertas
Memandu Menyanyi!
Lapar Minum air
Bosan Terus aktif
Tiada tenaga Rehat
Murung Baca buku atau majalah

 
Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli...
1 hari = RM3.50 Burger
2 hari = RM7.00 5 tin Coke
3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC
5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa
1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang
2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan
3 minggu = RM73.50 Kemeja T berjenama
1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan
2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama
3 bulan = RM294.00 Stereo walkman
6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih
1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi
1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD
4 tahun = RM5,110.00 Komputer multimedia

HOME | NIKOTIN (CANDU)PEMBERSIH PARU - PARU | MAIL