Make your own free website on Tripod.com
 
Pendaftaran ahli seumur hidup
Cara Mendapatkan harga paling murah
ahli terdekat dikawasan anda
Strategi membaca untuk anak anda
pengalaman mereka yg telah menggunakan produk tersebut
Pesanan produk melalui internet
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Soalan Bimbingan
selesaikan masalah anda
Produk terbaru yang
berada dalam pasaran
sekarang ialah:-
ALPAN
ubat sakit kepala dan deman-mudah dibawa
BIO - LAC
ASMAKUR TABS
ubat batuk tablets-mudah dibawa kemana sahaja
MAILA
perangsang mendatangkan haid
DIAFOOD TABS
Jika anda mendaftar, Anda akan diberi satu laman web atas nama anda.
cth
http://eraedar.cjb.net/suhaimi
untuk memperkenalkan kepada kawan downline anda, Juga akan dimasukkan alamat dimana anda berada.
LINK
Minyak Pelincir
untuk pelbagai kenderaan 
BelinaShopcare
 

HOMEOPATI
 
Harga:
Sem. Malaysia: RM 27.50
Sabah & S'wak: RM 29.00
Brunei DS: BND 18.00
Nama Produk: NomoGaz
 

 

Isi: 30 Biji 
Tempoh Guna: Bergantung kepada kekerapan.
Kesesuaian: Merawat masalah gaster, sakit dalam perut, perut membakar, panas hulu hati, kembung.
Pendahuluan 

Oleh kerana diet orang Malaysia yang lazimnya terdiri daripada makanan berperencah mengandungi rempah-rempahan yang pedas, jeruk, asam dan lain-lain, maka mereka terdedah kepada pelbagai masalah yang berkait dengan sistem pencernaan. Makanan tersebut jika diambil secara sederhana, bukan sahaja dibolehkan, malah digalakkan kerana banyak penyelidikan mutakhir menunjukkan pengambilan makanan berempah dan bercili adalah baik untuk mencegah kanser. 

Antara masalah yang mudah timbul akibat pengambilan makanan itu tadi secara berlebihan, ialah gangguan gaster. Bagi mereka yang mengidap gastritis, antara tanda awalnya ialah tanda sakit di dalam perut (gaster). Sakit ini digelar gastralgia. Sakitnya jenis berdenyut, dan kadangkala dengan rasa panas membakar di dalam perut. Terdapat juga kes-kes di mana seseorang itu menghidap gastritis akan tetapi tidak terasa sakit. 

GASTRITIS

Gastritis boleh dikelaskan secara mudah kepada dua; 
* Gastritis akut: dan 
* Gastritis kronik. 

Antara simptom gastritis akut ialah rasa tidak enak dalam perut, abdomen kembung, sakit kepala, mual, loya, lidah berselaput dan rasa tak sedap pada lidah. Keadaan yang lebih teruk menimbulkan demam, muntah dan kadangkala berdarah perut. Gastritis kronik pula boleh melahirkan simptom-simptom seperti rasa tak sedap dalam mulut, lidah berselaput, nafas busuk, sendawa lepas makan, jeluak makanan atau cecair lepas makan, rasa lembut atas perut, loya dan letih lesu fikiran dan tubuh. Gangguan ini boleh berlaku akibat salah makan, makan terlalu banyak makanan berminyak atau makanan yang digoreng, lebih makan, makan cepat, minum terlampau banyak air sewaktu makan, minuman sejuk, makan tidak menurut jadual, perencah mengandungi rempah, lada dan cili dalam makanan, hisap rokok atau minuman keras atau makan sedang dalam keadaan bimbang atau terlalu letih. Dinding perut mungkin menipis sehingga merosakkan kelenjar yang mengeluarkan asid hidroklorik dan pepsin, iaitu juzuk aktif dalam jus gaster. Gastritis biasanya tidak begitu rumit untuk dirawati. Akan tetapi jika keadaan itu terbiar begitu lama atau pesakit tidak mendapat rawatan dengan sempurna ataupun mendapat rawatan supresif (menekan), timbul dalam keadaan teruk ialah di mana mukus (lendir) keluar dengan banyak, lekang sel-sel mukus epitelium, dinding perut mengeras, menanah atau tumbuh polipus. Keadaan ini lebih teruk apabila tumbuh ulser di dinding perut, atau terjadi atrofi (tisu menjadi rosak dan mati) yang kemudiannya boleh pula mengakibatkan musnah kelenjar peptik atau mungkin hingga terbentuk kanser jenis karsinoma. 

NOMO GAZ 

Setelah berbelas tahun merawat kes-kes gastritis, maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan ubat yang diberi nama NOMO GAZ untuk mengatasi masalah gaster. Menurut pengalaman, masalah gaster yang ringan akan sembuh apabila diguna ubat ini. Namun demikian, jika sekiranya masalah gaster masih terdapat setelah pesakit menggunakannya, maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Prof. Dr. Azizan sendiri, agar dapat beliau usahakan remedi lain yang lebih sesuai dan tepat dengan kes berkenaan. Cara makan Dikemam atas lidah 1 tablet setiap kali. Makan 1 biji pagi dan 1 biji malam. Makan selama 3 hari, berhenti 3 hari. Ikut aturan sehingga habis. Boleh berhenti langsung apabila terasa lega, dan sambung semula apabila gastris menyerang semula. 

Pantang Larang

Sementara sedang berubat, elakkan minum kopi, makanan pedas dan masam, rempah-rempahan, masakan kari, cili, sambal, air bergas, makanan berminyak atau digoreng. Apabila sudah sembuh, bolehlah dimakan perkara-perkara itu dengan sangat sederhana. Amalan yang digalakkan Minum air rebusan barli yang ditambah sedikit gula merah bagi menggantikan kopi dan teh. Amalkan minum segelas air suam sebelum masuk tidur. Buah betik sangat baik dimakan setiap hari. Cara menyimpan Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau atau dalam almari. 

Nasihat tambahan

Jikalau masalah gaster yang anda hadapi itu sangat serius, anda dinasihatkan mendapat rawatan lanjut daripada pihak klinik PPHB Sdn. Bhd. Jika anda gunakan NOMO GAZ tetapi tidak nampak ia memberi kesan nyata, mungkin anda menghadapi masalah lain yang di luar keupayaan NOMO GAZ. Untuk itu, anda dinasihatkan menghubungi terus Klinik Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail (PPHB Sdn. Bhd.) 


Keterangan lanjut sila hubungi 
melalui
mail - roslimn@hotmail.com atau Phone-013-3443667

~~"Kita Bina Masa Depan Bersama"~~