Make your own free website on Tripod.com
 
Pendaftaran ahli seumur hidup
Cara Mendapatkan harga paling murah
ahli terdekat dikawasan anda
Strategi membaca untuk anak anda
pengalaman mereka yg telah menggunakan produk tersebut
Pesanan produk melalui internet
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Soalan Bimbingan
selesaikan masalah anda
Produk terbaru yang
berada dalam pasaran
sekarang ialah:-
ALPAN
ubat sakit kepala dan deman-mudah dibawa
BIO - LAC
ASMAKUR TABS
ubat batuk tablets-mudah dibawa kemana sahaja
MAILA
perangsang mendatangkan haid
DIAFOOD TABS
Jika anda mendaftar, Anda akan diberi satu laman web atas nama anda.
cth
http://eraedar.cjb.net/suhaimi
untuk memperkenalkan kepada kawan downline anda, Juga akan dimasukkan alamat dimana anda berada.
LINK
Minyak Pelincir
untuk pelbagai kenderaan 
BelinaShopcare
 



Mencari kaedah merancang keluarga yang sesuai memerlukan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Diantaranya perlu bertanya pada diri sendiri sama ada tubuh kita "kebal" dengan kesan sampingan, tidak kesah dengan menggunakan hormon tiruan setiap hari, penting sangatkah anda perlu menjarakkan kehamilan, Berapa kerapkah anda melakukan seks, Berapa kerap anda perlu mengambil ubat perancang tersebut, apakah kaedah yang sesuai dengan anda.

Hakikat bahawa kaedah merancang konvensional tidak terlepas dari kesan sampingan tidak perlu dipertikaikan lagi. Rata-rata wanita yang mengamalkan pil perancang sebagai contohnya akan berhadapan dengan beberapa masalah - masalah lain. sekiranya pil tersebut mengandungi estrogen, kerapkali akan memberi kesan seperti pertambahan berat badan, loya, muntah- muntah, jerawat, dipresi, bengkak dibahagian kaki dan sakit kepala. Semakin tinggi kandungan hormon tersebut semakin kerap seseorang itu mengalami masalah yang dinyatakan tadi .
               Bukan itu sahaja pengambilan pil ini boleh menyebabkan proses ovulasi lambat berlaku dan ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan sekiranya mereka berhenti mengambil pil perancang tersebut.

         Masalah yang serius boleh berlaku seperti pembekuan darah pada bahagian vena dan peparu. Tekanan darah tinggi juga akan berlaku dan akan memberi kesan kepada jantung dan strok. Walau bagaimnapun wanita yang tidak merokok dan berumur bawah 35 tahun hanya mempunyai nisbah 1 setiap 77.000 orang untuk menghidapi masalah kronik tadi. Akan tetapi wanita perokok yang berumur 45 tahun ke atas dan gemuk akan mempunyai resiko 1 setiap 500 orang. Wanita yang merokok juga tidak digalakkan menggunakan kaedah merancang konvensional kerana ia menggalakkan pertumbuhan cystitis.

        Pil yang mengandungi estrogen juga dilaporkan sebagai penyumbang kepada barah payudara dan barah serviks, terutamanya yang mengambil terlalu lama serta bermula sebelum mengandung anak pertama lagi. Pil ini juga dilaporkan penggalak kepada masalah diabetes, jantung serta batu karang.

        Penggunan IUD juga agak meluasdikalangan wanita, namun begitu perlu berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penyakit keradangan pelvis(PID). Ini kerana kuman boleh melalui laluan IUD ke saluran filopio. Di sampin itu juda, Sebelum menggunakan IUD pastikan mereka yang bermasalah sakit kelamin membuat rawatan terlebih dahulu kerana dengan IUD, masalah dikhuatiri akan menjadi bertambah teruk. Jangkitan akibat IUD boleh dikesan seperti timbulnya rasa sakit sewaktu melakukan hubungan seks, sakit dibahagian bawah abdoman, discaj yang luarbiasa dan diikuti dengan demam. Wanita juga dilaporkan kerap mengalami pendarahan yang melampau sewaktu haidserta berlaku sakit senak seperti segugut sewaktu tempoh haid tersebut. 


Keterangan lanjut sila hubungi 
melalui
mail - roslimn@hotmail.com atau Phone-013-3443667

~~"Kita Bina Masa Depan Bersama"~~