|
![]() KENAPA PROF DR AZIZAN MERUMUS SUSU BIO-LAC ? Saya rasa terpanggil untuk merumuskan susu bayi dan kanak-kanak sebagai alternatif kepada apa yang ada di pasaran sekarang. Ini dilakukan kerana bimbangkan ramai keluarga yang akan terikut-ikut dengan trend penambahan zat kalsium dalam susu seperti yang diiklan dalam media massa dewasa ini. Sememangnya zat kalisum penting kepada sesiapa sahaja terutama kanak-kanak dan wanita yang menopaus (tamat haid). Tetapi itu tidak bererti bahawa kita perlu memberikan kalsium berlebihan. Pemberian kalsium berlebihan bukan semestinya baik. Tambahan pula jika zat kalsium tersebut adalah dalam bentuk mentah (crude) kerana dibimbangi akan menimbulkan kemudaratan pula. Sebaik-baik sesuatu itu adalah bersederhana dan seimbang. Apakah mungkin kemudaratan zat kalsium berlebihan kepada kanak-kanak? Menurut buku "The Doctors' Vitamin & Mineral Encyclopedia" (ISBN 0-7529-0042-0) karangan Dr. Sheldon Saul Hendler MD, PhD., zat kalsium memang sangat berguna untuk merawat osteoporosis, mencegah kanser, mencegah timbulnya tekanan darah tinggi, merendahkan aras kolesterol dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (sakit jantung), mengurangkan kekejangan kaki, berguna untuk merawat dan mencegah arthritis (pembengkakan sendi) dan menyihatkan kulit. Namun demikian kesan buruk kalsium, terutama jika berlebihan, ialah pembentukan batu karang dalam ginjal, menyebabkan kalsifikasi tisu, menimbulkan defisiensi magnesium dan sindrom pra-haid (premenstrual syndrome). Sementara itu, menurut buku "Homoeopathic Materia Medica and Repertory" (ISBN 81-7021-003-8) oleh Dr. William Boericke MD, zat kalsium berlebihan (tahap toksik) boleh menimbulkan gejala-gejala gangguan kesihatan antaranya perpeluhan berlebihan, (terutama di kepala sehingga membasahi bantal), pembengkakan kelenjar, batuk dan lelah, loya, abses (penanahan) di otot-otot dalam, polipus (ketumbuhan dalam hidung) dan eksostosis (pertumbuhan berawan benigna tulang), mudah kelesuan, malas dan lupa. Kepala anak boleh membesar dengan ubun-ubun payah tutup. Mudah terkena selesema apabila terdedah kepada keadaan dingin atau terkena air. Tonsil boleh membengkak, perut membuncit. Kanak-kanak mudah cirit-cirit dengan najis berwarna putih dan keluar lelehan daripada hidung dan telinga. Pada kanak-kanak perempuan mungkin menimbulkan keputihan yang kronik. Itu hanyalah sebahagian daripada kemudaratan zat kalsium berlebihan yang membawa kepada ketoksikan sistem badan. Ingatlah pesanan dan panduan ini :
Dalam susu Bio-Lac memang ditambah beberapa
zat mineral dalam bentuk garam tisu biokimia, termasuklah kalsium fosfat.
Cuma kalsium yang terdapat dalam susu ini adalah dalam bentuk diperhalus
melalui proses triturasi ke peringkat 10-6. Dalam keadaan sehalus ini zat
ini mudah larut, dicerna dan diserap melalui membran sel melalui proses
osmosis dan tidak akan menimbulkan pengambilan berlebihan sehingga ke tahap
toksik. Dengan itu ia adalah sangat selamat bagi bayi dan kanak-kanak.
|